Mykori cafe terletak di Subang. Ia menyediakan pelbagai hidangan pencuci mulut terutamanya aiskrim. Pilihan perisa dan hidangan yang pelbagai menjadikan Mykori cafe salah satu cafe yang menarik. Harga yang berpatutan dengan rasa menyebabkan pelanggan berpuas hati setelah menikmati hidangan yang terdapat daripada Mykori. Antara menu yang menjadi pilihan kami ialaha aiskrim Kakigori yang pelbagai perisa iaitu strawberi. mangga, oreo dan sebagainya.
ICE AGE Cafe Setia Alam Bagi penggemar hidangan pencuci mulut,ICE AGE Cafe Setia Alam adalah antara pilihan terbaik di lembah klang.Cafe yang menawarkan sepenuhnya hidangan pencuci mulut ini terletak di 9-2-1,Jalan Setia Prima M U13/M, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor, Malaysia dan dibuka pada hari jumaat hingga rabu dari pukul 2pm sehingga 11pm.Pada hari khamis,cafe ini ditutup. Antara hidangan pencuci mulut yang terdapat disini ialah sperti Korean Bingsu,Taiwanese Snow Ice,Waffles dan Toast.Kesemua hidangan disini adalah seratus peratus buatan Malaysia.Harga yang ditawarkan sememangnya sangat berpatutan dan setiap hidangan mempunyai dua pilihan iaitu untuk saiz yang besar dan saiz yang kecil. Rata penggemar pencuci mulut yang mengunjungi ICE AGE Cafe Setia Alam sangat berpuas hati dengan hidangan yang disediakan disamping banyak pilihan pencuci mulut yang beraneka serta turut mempunyai persekitaran yang bagus.ICE AGE Cafe ini sangatlah sesuai untuk dikunjungi seisi k...