Skip to main content

Ali Roti Canai Tsunami

Ali Roti Canai Tsunami

Sarapan atau dikenali juga sebagai hidangan pagi merupakan sebuah hidangan yang perlu diambil oleh setiap individu. Ia diambil dalam lingkungan masa 6 pagi sehingga 11 pagi.

Hari ini, kami singgah sarapan di Ali Roti Canai Tsunami yang terletak di Perumahan Pantai Permai yang sangat terkenal di kawasan Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Gerai ini mula beroperasi bermula 7 pagi sehingga 11 pagi setiap hari.

Pada kali ini, kami akan mencuba hidangan utama gerai ini iaitu Roti Canai Tsunami. Hidangan ini sangat unik kerana ia menyajikan sekeping roti canai bersama kuah dal dan sambal dan disertai dengan dua biji telur separuh masak. Harganya pula sangat berpatutan kerana ia mempunyai pengkelasan harga mengikut individu contohnya harga pelajar. Contohnya 'Roti Canai Tsunami' bersama 'Teh Tarik' hanya serendah RM 2.50 bagi seorang pelajar.






Comments

Popular posts from this blog

Kedai Anuar Kari Kepala Ikan

Anuar Kari Kepala Ikan Sebagai hidangan makanan tengah hari, Kedai Kari Kepala Ikan Anuar adalah antara yang terbaik. Kedai makan ini dibuka pada waktu makan tengah hari bermula daripada 9.30 pagi sehinggalah 5.30 petang. Kari Kepala Ikan Anuar terletak yang terletak di hujung Lorang Ara Kiri 3 di Bangsar menyediakan pelbagai pilihan makanan. Yang menariknya, hidangan nasi bersama lauk ayam hanyalah pada RM3.00. Tawaran harga yang murah berjaya menjadi penarik kepada para pelanggan untuk menikmati hidangan tengah hari disana. Malah, pada waktu-waktu tertentu pelanggan terpaksa sabar beratur bagi mendapatkan hidangan yang diinginkan. Selain itu, keistimewaan gerai ini adalah pada kari kepala ikan. Dengan harga yang berpatutan, pelanggan dapat menikmati kemanisan ikan disamping rasa pedas kuah kari. Hidangan seperti sotong juga dijual disini.