Riuh Kitchen
Ia merupakan sebuah restoran yang mengendalikan makanan barat atau dikenali sebagai 'western food' yang terletak di Ampang Selangor. Restoran ini beroperasi bermula pada 7 petang hingga 12 tengah malam. Jadi ia sangat sesuai bagi orang yang sedang memburu makan malam.

Terdapat pelbagai hidangan berat yang disediakan 'lamb chop', 'chicken chop', 'roti john' dan lain lagi. Antara hidangan yang istimewa ialah hidangan dulang yang terkandung pelbagai jenis makanan seperti sosej, kentang, ayam, daging, kambing dan sayur yang mana mampu dimiliki dengan harga RM 35 sahaja. Harganya sangat berbaloi dengan nilai sedap makanannya. Layanannya juga sangat mesra.


Comments
Post a Comment