Skip to main content

ICE AGE Cafe Setia Alam



ICE AGE Cafe Setia Alam

Bagi penggemar hidangan pencuci mulut,ICE AGE Cafe Setia Alam adalah antara pilihan terbaik di lembah klang.Cafe yang menawarkan sepenuhnya hidangan pencuci mulut ini terletak di 9-2-1,Jalan Setia Prima M U13/M, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor, Malaysia dan dibuka pada hari jumaat hingga rabu dari pukul 2pm sehingga 11pm.Pada hari khamis,cafe ini ditutup.

Antara hidangan pencuci mulut yang terdapat disini ialah sperti Korean Bingsu,Taiwanese Snow Ice,Waffles dan Toast.Kesemua hidangan disini adalah seratus peratus buatan Malaysia.Harga yang ditawarkan sememangnya sangat berpatutan dan setiap hidangan mempunyai dua pilihan iaitu untuk saiz yang besar dan saiz yang kecil.

Rata penggemar pencuci mulut yang mengunjungi ICE AGE Cafe Setia Alam sangat berpuas hati dengan hidangan yang disediakan disamping banyak pilihan pencuci mulut yang beraneka serta turut mempunyai persekitaran yang bagus.ICE AGE Cafe ini sangatlah sesuai untuk dikunjungi seisi keluarga dan juga tempat keluar bersama rakan-rakan.





Comments

Popular posts from this blog

Riuh Kitchen

Riuh Kitchen Ia merupakan sebuah restoran yang mengendalikan makanan barat atau dikenali sebagai 'western food' yang terletak di Ampang Selangor. Restoran ini beroperasi bermula pada 7 petang hingga 12 tengah malam. Jadi ia sangat sesuai bagi orang yang sedang memburu makan malam. Terdapat pelbagai hidangan berat yang disediakan 'lamb chop', 'chicken chop', 'roti john' dan lain lagi. Antara hidangan yang istimewa ialah hidangan dulang yang terkandung pelbagai jenis makanan seperti sosej, kentang, ayam, daging, kambing dan sayur yang mana mampu dimiliki dengan harga RM 35 sahaja. Harganya sangat berbaloi dengan nilai sedap makanannya. Layanannya juga sangat mesra.

Ali Roti Canai Tsunami

Ali Roti Canai Tsunami Sarapan atau dikenali juga sebagai hidangan pagi merupakan sebuah hidangan yang perlu diambil oleh setiap individu. Ia diambil dalam lingkungan masa 6 pagi sehingga 11 pagi. Hari ini, kami singgah sarapan di Ali Roti Canai Tsunami yang terletak di Perumahan Pantai Permai yang sangat terkenal di kawasan Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Gerai ini mula beroperasi bermula 7 pagi sehingga 11 pagi setiap hari. Pada kali ini, kami akan mencuba hidangan utama gerai ini iaitu Roti Canai Tsunami. Hidangan ini sangat unik kerana ia menyajikan sekeping roti canai bersama kuah dal dan sambal dan disertai dengan dua biji telur separuh masak. Harganya pula sangat berpatutan kerana ia mempunyai pengkelasan harga mengikut individu contohnya harga pelajar. Contohnya 'Roti Canai Tsunami' bersama 'Teh Tarik' hanya serendah RM 2.50 bagi seorang pelajar.

Kedai Anuar Kari Kepala Ikan

Anuar Kari Kepala Ikan Sebagai hidangan makanan tengah hari, Kedai Kari Kepala Ikan Anuar adalah antara yang terbaik. Kedai makan ini dibuka pada waktu makan tengah hari bermula daripada 9.30 pagi sehinggalah 5.30 petang. Kari Kepala Ikan Anuar terletak yang terletak di hujung Lorang Ara Kiri 3 di Bangsar menyediakan pelbagai pilihan makanan. Yang menariknya, hidangan nasi bersama lauk ayam hanyalah pada RM3.00. Tawaran harga yang murah berjaya menjadi penarik kepada para pelanggan untuk menikmati hidangan tengah hari disana. Malah, pada waktu-waktu tertentu pelanggan terpaksa sabar beratur bagi mendapatkan hidangan yang diinginkan. Selain itu, keistimewaan gerai ini adalah pada kari kepala ikan. Dengan harga yang berpatutan, pelanggan dapat menikmati kemanisan ikan disamping rasa pedas kuah kari. Hidangan seperti sotong juga dijual disini.